MAKLUMAT AM

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sejarah penubuhan Pusat Sumber Sekolah Menengah Taman Sutera bermula pada JUN 2004 iaitu semasa SMK Taman Sutera secara rasminya dibuka.


LOKASI PSS (Pelan)

Lokasi PSS SMK Taman Sutera terletak di dalam kawasan sekolah dan lokasi secara khususnya pula ialah, ia terletak di tingkat 3 pada bangunan 4 tingkat. PSS terletak di lokasi di mana kedudukan anatara perpustakaan, bilik tayang dan makmal komputer berdekaran antara satu sama lain. Lokasi yang berdekatan ini memudahkan pihak penyelaras memantau segala aktiviti yang berlaku di setiap lokasi.


VISI PSS SMK TAMAN SUTERA

"PELAJAR BERMAKLUMAT MELAHIRKAN GENERASI BERMINDA CEMERLANG"

Pihak pengurusan PSS optimis dalam menyatakan visi PSSMKTS kerana pihak pengurusan ingin melihat generasi akan datang khususnya warga SMKTS mempunyai ciri-ciri masyarakat yang berilmu, mencintai ilmu, mengamalkannya serta menjadikan diri mereka lebih baik melalui ilmu yang diperolehi di sekolah dan akhirnya berjaya menjadi sebahagian ahli masyarakat yang cemerlang serta dihormati.


MISI PSSMKTS

"UNTUK MENJADIKAN PSS SEBAGAI PUSAT TUMPUAN, PENDORONG DAN PENGGERAK KE ARAH KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  MELALUI
PENINGKATAN ILMU SERTA BERTERUSAN"


PIAGAM PSSMKTS

"Bersama membantu melahirkan generasi yang bermaklumat dengan memberikan khidmat yang cemerlang kepada warga SMKTS"


MATLAMAT PSSMKTS
  • Menjadikan PSS merupakan wacana ilmu kepada SMKTS.
  • Menjadi sumber rujukan bagi warga pengajar dan pelajar agar P&P mampu dijalankan dalam suasana yang menyeronokkan.
  • Melahirkan tenaga pengurusan yang sistematik dan komited agar PSS menjadi agensi matlumat yang utama di sekolah.
  • PSS yang cemerlang diharap mampu meningkatkan  tahap akademik yang boleh dibanggakan.

OBJEKTIF PSSMKTS
  • Menyokong dan memantapkan lagi perlaksanaan kurikulum dalam proses P&P.
  • Membina dan mengukuhkan kemahiran mancari maklumat menggunakan pelbagai media.
  • Meningkatkan budaya membaca sepanjang hayat.
  • Menggalakkan penggunaan perpustakaan oleh pelajar dalam proses mencari maklumat.
  • Mningkatkan pengetahuan dan maklumat pelajar dengan menyediakan bahan bacaan dan pembelajaran yang seiring dengan perubahan masa.
  • Menggalakkan integrasi ICT dalam pengurusan PSMKTS supaya ia lebih sistematik.

FUNGSI DAN PERANAN PSS DALAM P&P 

  •       Sebagai Pusat Ilmu 
    • Tempat koleksi dan rujukan pelbagai bahan dan peralatan mengajar, membantu guru dan pelajar memperoleh ilmu pengetahuan.
  •       Sebagai Pusat Pertemuan 
    • Berfungsi sebagai pusat mengumpul dan menyebar maklumat dan bertanggungjawab kepada pelajar mendapatkan kemahiran dan pengetahuan.
    • Koleksi pelbagai penemuan atau dapatan, hasil daripada kajian atau penyelidikan yang telah dijalankan dan amat berharga.
    • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat mengembangkan daya pemikiran, kreativiti, imaginasi serta inovasi di kalangan pelajar. 
  •      Sebagai Pusat Pembelajaran 
    • PSS memberi peluang kepada para pelajar menggunakan segala kemudahan yang ada bagi memantapkan lagi pengetahuan yang diperolehi di dalam bilik darjah.
  •      Sebagai Pusat Pengajaran 
    • Dengan kemudahan yang ada, PSS menggalakkan guru berinteraksi dengan lebih kerap dan teratur dengan warga pelajar yang lain mahupun pelajar. 
  •     Sebagai Pusat Hubungan Masyarakat 
    • Penggunaan sumber masyarakat yang berkesan dapat mewujudkan hubungan dua hala yang erat dan bermakna antara sekolah dan masyarakat, sesuai dengan peranan sekolah sebagai institusi masyarakat.