Monday 15 August 2011

Majlis Penutup Bulan Pusat Sumber

Setelah sebulan pelancaran Bulan Pusat Sumber SMK Taman Sutera, akhirnya majlis penutup telah dijalankan pada hari Isnin, 15 Ogos 2011. Bulan Pusat Sumber ini telah diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bulan tersebut.

Sekitar Majlis Penutup Bulan Pusat Sumber:

Puan Siti Norbaini sebagai Pengerusi Majlis

Pelajar sedang bersedia untuk menerima hadiah

Cik Ermyza dan AJK menyediakan sijil dan hadiah

Antara hadiah-hadiah yang disediakan

Antara pemenang-pemenang yang menerima hadiah




Dengan tema Membaca Menerangi Minda, diharap semua program yang dijalankan sepanjang Bulan Pusat Sumber ini dapat mengasah bakat dan memupuk minat pelajar untuk membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar.

Sekian, terima kasih.

Sunday 14 August 2011

Aktiviti Sepanjang Bulan Sains Dan Matematik


Pelbagai aktiviti dijalankan sempena bulan Sains dan Matematik. Antaranya adalah :
  • Pertandingan Melukis Mural
Pelajar Melukis Mural Bertemakan Teknlogi Malaysia
Berkerjasama menyiapkan mural
Pelajar Perempuan Turut Serta
Gigih Menyiapkan Lukisan
Pelajar Mewarna Dengan Penuh Tekun

  • Pameran Buku



Monday 4 July 2011

Majlis Pelancaran Bulan Pusat Sumber 2011

Pada 4 Julai 2011, secara rasminya Bulan Pusat Sumber 2011 telah dilancarkan oleh Puan Pengetua SMK Taman Sutera. Antara objektif Bulan Pusat Sumber ini dijalankan adalah:
  • meningkatkan minat budaya membaca dikalangan pelajar
  • memupuk semangat cintakan ilmu pengetahuan
  • melibatkan aktiviti luar bilik darjah


Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Bulan Pusat Sumber:

Pamplet Bulan Pusat Sumber 2011


Puan Siti Norbaini sebagai pengerusi
Membaca Jambatan Ilmu



Upacara simbolik perasmian oleh Puan Pengetua

Nyanyian sempena bulan membaca

Membaca Menerangi Minda
Koir Pengawas Pusat Sumber
Pelajar turut serta




Diharap sempena pelancaran bulan pusat sumber ini dapat mendidik pelajar untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan. Semoga semua program yang dirancang sempena bulan ini akan berjalan dengan lancar.