Wednesday 4 January 2012

SELAMAT DATANG 2012

Salam 1 Malaysia..

Selamat Tahun Baru 2012..

Warga PSS SMK Taman Sutera, ayuh tetapkan azam untuk memastikan PSS kita sentiasa menjadi gedung ilmu kepada semua warga sekolah.
Barisan Warga PSS SMK Taman Sutera


Setiap pertemuan itu pastinya akan ada perpisahan. Satu perubahan besar telah berlaku dalam organisasi PSS SMK Taman Sutera di mana Ketua Guru Pusat Sumber iaitu Puan Wan Noriha binti Wan Abdul Rahman telah berpindah sekolah dan kini bertugas di Pahang. Warga PSS Taman Sutera sangat terkesan dengan perpindahan beliau. Jutaan terima kasih buat beliau atas khidmat yang disumbangkan kepada PSS Taman Sutera. Jasa beliau akan dikenang selamanya.
Puan Wan Noriha binti Wan Abdul Rahman

Patah tumbuh hilang berganti. Selamat datang kepada Puan Nurul Syakiera binti Fauzi selaku Ketua Guru Pusat Sumber yang baru. Diharap dengan kehadiran beliau dapat menceriakan Pusat Sumber SMK Taman Sutera sejajar dengan misi kita iaitu untuk menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan, pendorong dan penggerak ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan ilmu serta berterusan.
Puan Nurul Syakiera Fauzi