Setelah sebulan pelancaran Bulan Pusat Sumber SMK Taman Sutera, akhirnya majlis penutup telah dijalankan pada hari Isnin, 15 Ogos 2011. Bulan Pusat Sumber ini telah diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bulan tersebut.
Sekitar Majlis Penutup Bulan Pusat Sumber:
Puan Siti Norbaini sebagai Pengerusi Majlis |
Pelajar sedang bersedia untuk menerima hadiah |
Cik Ermyza dan AJK menyediakan sijil dan hadiah |
Antara hadiah-hadiah yang disediakan |
Antara pemenang-pemenang yang menerima hadiah
Dengan tema Membaca Menerangi Minda, diharap semua program yang dijalankan sepanjang Bulan Pusat Sumber ini dapat mengasah bakat dan memupuk minat pelajar untuk membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment