PERATURAN

PERATURAN PERPUSTAKAAN


  1. Berpakaian seragam sekolah atau berpakaian kemas
  2. Dilarang membuat bising atau mengganggu ketenteraman pelajar yang lain.
  3. Buku-buku teks, beg dan fail-fail hendaklah ditinggalkan di rak yang disediakan di luar perpustakaan.
  4. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
  5. Pelajar dilarang membawa keluar sebarang buku-buku rujukan daripada perpustakaan.
  6. Pelajar akan dikenakan tindakan sekiranya sengaja merosakkan bahan bacaan atau alatan yang terdapat di dalam perpustakaan.
  7. Pelajar dikehendaki MELETAK BALIK buku yang dibaca selepas membacanya.
  8. Pelajar yang menghilangkan buku pinjaman perpustakaan dikehendaki membayar ganti rugi harga asal buku itu.
  9. Pelajar yang membawa buku keluar tanpa kebenaran adalah dianggap MENCURI. Tindakan akan dikenakan sepertimana dalam peraturan sekolah.
  10. Peraturan sekolah adalah peraturan perpustakaan.
  11. Guru yang membawa pelajar ke perpustakaan semasa waktu NILAM dikehendaki mengunci pintu besi supaya pelajar tidak keluar masuk dari perpustakaan.
  12. Guru yang membawa pelajar masuk ke perpustakaan perlu mengawal disiplin pelajar dan memastikan pelajar tidak membawa buku keluar dari perpustakaan.

PERATURAN PINJAMAN BUKU-BUKU PERPUSTAKAAN

  1. Pelajar dibenarkan meminjam buku pada waktu perkhidmatan perpustakaan.
  2. Pelajar dibenarkan meminjam DUA buah buku sahaja setiap meminjam selama seminggu.
  3. Pelajar MESTI menggunakan kad Perpustakaan semasa membuat pinjaman.
  4. Denda sebanyak 10 sen per hari mulai tarikh habis tempoh pinjaman dikenakan pada pelajar yang lewat memulangkan buku.
  5. Pelajar yang ingin meminjam buku berlebal "RED SPOT" mesti berjumpa dengan guru perpustakaan dan merekodkan dalam buku "RED SPOT" . Tempoh pinjaman adalah DUA hari sahaja. Contoh 1.7.11 pinjaman,3.7.11 mesti pulang.
  6. Buku-buku rujukan berlebal HITAM tidak dibenarkan pinjam keluar dari perpustakaan.

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER / BILIK TAYANG/ MAKMAL TAYANG

1.   Peraturan makmal diwujudkan untuk :
      1.1   Memaksimumkan penggunaan
      1.2   Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan.
      1.3   Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.
      1.4   Panduan untuk penggunaan ramai.

2.   Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer :
      2.1   Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
      2.2   Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan
              penyelaras ICT.
      2.3   Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
      2.4   Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan
              penyelaras ICT.
      2.5   Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.
      2.6   Tidak dibanarkan memakai kasut di dalam makmal.
      2.7   Pelajar tidak dibanarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
      2.8   Semua pengguna komputer adalah dilarang sa sekali mengusik atau mengubah sebarang wayar  
              pada komputer.
      2.9   Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau
              sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. 
              Padamkan mana-mana suis yang perlu.
      2.10 Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
      2.11 Dilarang membuat bising di dalam makmal.
      2.12 Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
      2.13 Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau
              memfitnah pihak tertentu.
      2.14 Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.
      2.15 Dilarang mengubah dan menambah sebarang perisian dan perkakasan.
      2.16 Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.
      2.17 Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.
      2.18 Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer hendaklah
              merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
      2.19 Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log komputer.
      2.20 Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer, Makmal Tayang dan Bilik  
              Tayang.